Cristiano Ronaldo disiasat langgar peraturan Covid-19

 Cristiano Ronaldo disiasat langgar peraturan Covid-19

Desas-desus perpindahan Ronaldo semakin hangat diperkatakan setelah Pengurus Juventus mengesahkan Ronaldo ingin berpindah

Al-Jazeera melaporkan pemain Juventus Cristiano Ronaldo kini disiasat polis Itali kerana berkemungkinan melanggar peraturan kawalan Covid-19, setelah beliau dan teman wanitanya Georgina Rodriguez dikatakan merentasi di antara wilayah Piedmont dan Valle d’Aosta hari Selasa dan Rabu lalu.

Pihak berkuasa menyedari perbuatan pemain bola berusia 35 tahun itu merentasi di antara wilayah “zon oren” menerusi ciapan Instagram milik Georgina, yang menunjukkan pasangan itu duduk di atas kenderaan snowmobile ketika menyambut hari lahir ke-27 wanita tersebut di bandar Courmayeur. Beliau kemudiannya memadam ciapan itu.

Jikalau didapati bersalah, Cristiano yang pernah dijangkiti Covid-19 pada bulan Oktober tahun lalu, berkemungkinan menghadapi hukuman denda 400 euro (RM1,962).

– Foto dari Instagram Cristiano Ronaldo

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19  −    =  17