Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
COVID: Singapura ketatkan kemasukan melibatkan Thailand

SINGAPURA, 30 April — Singapura akan terus memperketat syarat kemasukan ke republik itu dengan melibatkan beberapa negara seperti Thailand, demikian menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, langkah itu susulan peningkatan risiko penularan komuniti diĀ Thailand.
Kenyataan itu menyebut semua individu yang memasuki Singapura bermula 2 Mei pada 11.59 malam dengan sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari lepas ke Thailand akan diminta menjalani pengasingan selamaĀ 14 hari di bawah Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan yang ditetapkan.
āMereka tidak lagi dibenarkan memilih untuk tidak pergi ke kemudahan itu meskipun sudah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian,ā katanya.
Thailand mencatat 1,583 kes baharu COVID-19 dengan 15 kematian sepanjang tempoh 24 jam lepas dengan jumlah kematian dan pesakit kritikal sedang meningkat.
Republik itu turut mengenakan sekatan bagi perjalanan dariĀ Bangladesh, Nepal, Pakistan danĀ Sri Lanka susulan peningkatan mendadak yang dilaporkan di kesemua negara terbabit.
Mulai 1 Mei 2021 pada 23.59 malam, semua pelawat yang memegang pas jangka panjang dan pendek dengan sejarah perjalanan terbaharu termasuk transit diĀ negara terbabit dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki atau transit melalui Singapura.
āIni juga akan terpakai kepada semua individu yang telah memperoleh kelulusan untuk memasuki Singapura,ā katanya.
Pada 22 April lepas, SingapuraĀ telah memperketat syarat kemasukan ke negara itu terhadap individu yang melakukan perjalanan dari India.