• Sunday, 20 June 2021, 1:58 pm

COVID: Singapura beri kelulusan sementara sistem ujian pernafasan 60 saat

 COVID: Singapura beri kelulusan sementara sistem ujian pernafasan 60 saat

SINGAPURA, 24 Mei – Satu ujian nafas yang dirancang untuk mengesan COVID-19 serta memberikan keputusan tepat dalam satu minit telah diluluskan untuk digunakan di republic itu, kata Universiti Nasional Singapura dalam satu kenyataan.

Ujian yang diusahakan oleh syarikat tempatan, Breathonix, berfungsi seperti ujian nafas standard yang digunakan polis untuk mengesan pemandu mabuk. Dengan menggunakan perisian pembelajaran mesin, ujian berkenaan dapat membandingkan nafas seseorang yang normal dengan mereka yang positif COVID-19.

Setakat ini, ujian Breathonix telah menjalani tiga ujian klinikal di mana dua dilakukan di negara itu dan satu lagi di Dubai. Dalam ujian yang melibatkan 180 pesakit, keputusannya mencapai ketepatan sebanyak 93 peratus manakala kekhususan sebanyak 95 peratus.

Menurut laporan media The Straits Times, percubaan ujian nafas itu akan digunakan untuk menyaring pelancong dan pekerja dari Malaysia di Pintu Masuk Tuas, atau Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Link Kedua).

Sesiapa yang positif dalam ujian nafas berkenaan akan disaring dengan ujian swab yang mandatori. Pada masa ini, ujian penyaringan Singapura dibuat menggunakan ujian pantas antigen, yang akan berfungsi bersama-sama ujian pernafasan baru itu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *