Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
COVID: Malaysia catat 941 kes baharu, angka terendah sejak Disember lepas

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selepas empat bulan, Malaysia kembali mencatat angka harian kes COVID-19 bawah seribu dengan 941 kes dilaporkan hari ini.
Kali terakhir negara merekodkan kes baharu COVID-19 di bawah empat angka ialah pada 9 Disember tahun lepas, apabila mencatat 959 kes.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 219 kes diikuti Sarawak (191) dan Johor sebanyak 171 kes.