COVID-19: Varian baru ancam cetus ‘tsunami’ jangkitan kes baharu di Malaysia

 COVID-19: Varian baru ancam cetus ‘tsunami’ jangkitan kes baharu di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Malaysia kini bukan sahaja berhadapan dengan ledakan kes harian baharu COVID-19 tetapi juga perlu ‘berperang’ dengan varian koronavirus yang lebih ganas dan mampu mencetuskan kadar jangkitan serta kematian yang lebih tinggi.

Malah kadar kes harian baharu dijangkakan boleh mencecah sehingga lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini memberitahu sidang media,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mengawal penularan kes membabitkan varian dari United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian berkenaan sebagai ‘varian yang membimbangkan’ (VOC) di peringkat global.

Menurut Dr Noor Hisham, varian yang paling banyak dikesan di negara ini adalah varian dari Afrika Selatan (varian South African B.1.351.) dan kes COVID-19 daripada jangkitan varian berkenaan dikesan menular di beberapa negeri iaitu Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Sehingga kini, sebanyak 62 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan varian South African B.1.351. sementara varian dari India (B.1.617) yang dikesan setakat ini melibatkan dua kes (B.1.617.1 dan B.1.617.2) dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia.

Menurut penjelasan Dr Noor Hisham, kes B.1.617.2, melibatkan bukan warganegara tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan kedua-dua ujian COVID-19 (pada 7 April dan 12 April) didapati negatif. Beliau dilaporkan positif pada 21 April dan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.

Mengenai varian Brazil, beliau berkata, KKM setakat ini masih belum mengesan kes COVID-19 jangkitan varian berkenaan.

Untuk rekod, pada 11 Januari 2021, KKM memaklumkan pihaknya mengesan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 melibatkan pengembara dari Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara itu didapati positif

Malaysia sebelum ini menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan, sebagai susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India, berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Dr Noor Hisham turut menekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan dari 12 Mei hingga 7 Jun depan adalah antara usaha untuk mengekang penularan varian baharu yang mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kematian yang tinggi.

Malahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri, yang turut menyentuh perkembangan mutakhir penularan COVID-19¬† menyebut ‚ÄúMalaysia kini berada pada titik genting‚ÄĚ dan penularan varian baharu harus disekat. Dijangkakan jumlah kes harian akan mencecah lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.”

Menurut Perdana Menteri lagi, hampir semua kawasan di negara ini bertukar menjadi ‚Äúmerah‚ÄĚ dengan hampir kira-kira 70 peratus kes jangkitan berlaku secara sporadik (penularan dalam komuniti) dan hampir 80 peratus kes positif dikesan tidak mempunyai sebarang gejala.

 

 

LONJAKAN KES BAHARU DAN KES KEMATIAN

 

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (8 Mei hingga 13 Mei 2021), Malaysia merekod lonjakan kes harian baharu COVID-19 Malaysia melebihi tiga ribu dan menghampiri lima ribu kes di samping kes kematian yang tinggi.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam (Khamis 13 Mei 2021), Malaysia merekod sebanyak 4,855 kes harian baharu COVID-19, iaitu tertinggi sepanjang tempoh rangkuman ini.

Terdapat dua hari kes harian mencatat sekitar empat ribu iaitu pada Sabtu 8 Mei (4,519 kes) dan Rabu 12 Mei (4,765 kes).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan yang dicatat semalam melonjak kepada 41,582 kes, sementara kes kumulatif pula sudah sebanyak 458,077 kes.

Berikut adalah bilangan kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 8 Mei hingga 13 Mei 2021:-

8 Mei ( 4,519 kes ), 9 Mei ( 3,733 kes), 10 Mei (3,807 kes), 11 Mei ( 3,973 kes), 12 Mei ( 4,765     kes) dan 13 Mei ( 4,855 kes).

Sementara itu, sebanyak 27 kes kematian lagi dilaporkan semalam 13 Mei 2021, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 1,788 kes, kesemuanya warganegara.

Kes kematian tertinggi untuk tempoh rangkuman dilaporkan pada Rabu 12 Mei iaitu 39 kes.

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 8 Mei hingga 13 Mei 2021 :-

8 Mei – 25 ( 23 WN 1 BWN ); 9 Mei – 26 kes (25 WN 1 BWN ), 10 Mei – 17 kes (16 WN 1 BWN); 11 Mei – 22 kes (22 WN);12 Mei – 39 kes (37 WN 2 BWN) dan 13 Mei – 27 kes (27 WN).

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

Bilangan kes pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut kritikal dan setakat 13 Mei 2021, KKM melaporkan 481 kes dan 247 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham pada Selasa lepas menyatakan KKM “sedang cuba menambah bilangan katil di ICU berikutan peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan rapi. Permintaan untuk katil ICU dijangka bertambah sehingga lebih 1,700 unit dengan jangkaan kes harian baharu meningkat pada akhir Mei atau pertengahan Jun depan.”

Menurut beliau, terdapat sebanyak 734 katil ICU di seluruh negara dan setakat ini lebih 500 buah katil sudah digunakan termasuk untuk pesakit COVID-19.

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 50 ribu pada Gelombang Ketiga COVID-19 iaitu sebanyak 50,894 kes pada 6 Februari 2021.

Berikutan trend kes harian baharu CoVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Larangan rentas daerah dan negeri turut tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

 

 

SEMAKIN RAMAI WARGANEGARA POSITIF COVID-19

 

Berdasarkan data KKM, warganegara masih menyumbang purata 90 peratus kepada kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama. Rekod KKM semalam (13 Mei 2021), daripada 4,855 kes, penularan tempatan adalah sebanyak 4,852 kes (4, 494 warganegara – 92.6 peratus dan 358 bukan warganegara – 7.4 peratus ) .

Kes import pula sebanyak tiga (3 kes) dan kesemuanya bukan warganegara.

Berikut adalah data yang menunjukkan situasi berkenaan, termasuk kes harian baharu dan kes kumulatif, berdasarkan makluman KKM.

Sabtu 8 Mei РKes baharu : 4,519 kes (436,944 kes kumulatif); Kes tempatan : 4,514 kes [3,964 warganegara (87.8%); 550 bukan warganegara (12.2%)]; Kes import : 5 kes (5 warganegara);

Ahad 9 Mei РKes baharu : 3,733 kes (440,677 kes kumulatif); Kes tempatan : 3,727 kes [3,301 warganegara (88.6%); 426 bukan warganegara (11.4%)]; Kes import : 6 kes (1 warganegara, 5 bukan warganegara);

Isnin 10 Mei РKes baharu : 3,807 kes (444,484 kes kumulatif); Kes tempatan : 3,802 kes [3,642 warganegara (95.8%); 160 bukan warganegara (4.2%)]; Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);

Selasa 11 Mei РKes baharu : 3,973 kes (448,457 kes kumulatif); Kes tempatan : 3,968 kes [3,540 warganegara (89.2%); 428 bukan warganegara (10.8%)]; Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);

Rabu 12 Mei РKes baharu : 4,765 kes (453,222 kes kumulatif); Kes tempatan : 4,758 kes [4,291 warganegara (90.2%); 467 bukan warganegara (9.8%)]; Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);

Khamis 13 Mei РKes baharu: 4,855 kes (458,077 kes kumulatif); Kes tempatan : 4,852 kes [4,494 warganegara (92.6%); 358 bukan warganegara (7.4%)]; Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara);

Dengan 458,077 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 42 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Malaysia mengatasi Nepal (431,191 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (514,670 kes).

Setakat 13 Mei 2021, sebanyak 3,347 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 414,707 kes (90.5 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

8 Mei ( 2,719 kes ), 9 Mei ( 3,211 kes), 10 Mei (3,454 kes), 11 Mei ( 3,848 kes), 12 Mei ( 3,124      kes) dan 13 Mei (3,347 kes).

 

 

MASIH ADA KLUSTER BAHARU

 

Laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, turut menunjukkan masih ada kluster baharu dikesan dan kluster tempat kerja masih membiak kes positif COVID-19 yang banyak di samping kluster komuniti.

Sehingga Khamis 13 Mei 2021, sebanyak lapan (8) lagi kluster baharu, menjadikan jumlah kluster yang direkod dalam negara sebanyak 1,848 kluster. Sebanyaj 1,391 kluster dilaporkan tamat dan masih aktif sebanyak 457 kluster.

Daripada lapan (8) kluster baharu, lima (5) adalah kluster tempat kerja iaitu dua (2) di Selangor, dua (2) di Johor dan satu (1) di Pulau Pinang; dua (2) kluster komuniti (masing-masing satu di Sarawak dan Sabah) dan satu (1), kluster keagamaan, iaitu di Melaka.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada Khamis 13 Mei 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Mei  2021 untuk seluruh negara kekal 1.14.  Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Kedah 1.25, Perak 1.23 dan Melaka 1.22.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama (8 Mei hingga 13 Mei 2021 ) secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

 

Berdasarkan perincian KKM untuk 4,855 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Khamis 13 Mei 2021, Selangor masih mencatat kes tertinggi empat angka dan semalam menokok lagi 1,783 kes.

Sebelum semalam, untuk tempoh rangkuman ini, Selangor mencatat kes tertinggi pada Sabtu 8 Mei ( 1,722 kes  ), Ahad 9 Mei (1,278 kes  ), Isnin 10 Mei ( 1,149 kes ), Selasa 11 Mei ( 1,328 kes  ) dan Rabu 12 Mei ( 2,082 kes).

Sembilan (9) buah negeri mencatat k‚Äč‚Äč‚Äč‚Äčes harian baharu tiga angka iaitu WP Kuala Lumpur 521, Johor 467, Sarawak 395, Pulau Pinang 395, Kelantan 330, Perak 302, Kedah 193, Terengganu 148 dan Negeri Sembilan 100.

Untuk kes harian baharu dua angka, tiga buah negeri dilaporkan iaitu Sabah 76, Melaka 67 dan Pahang 56. Sementara WP Putrajaya dan WP Labuan melaporkan kes harian baharu satu angka, masing-masing sembilan (9) dan empat (4).

Perlis mencatat sifar kes.

 

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

 

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 161,824,992 kes (rangkuman minggu lalu 156,816,184 kes) dengan 3,358,520 kematian (minggu lalu 3,272,370 kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 139,623,101 orang (minggu lalu 134,205,395 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Sepanyol,  dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 33,626,097 kes (598,540 kematian);

India 24,046,120 kes (262,350 kematian);

Brazil 15,436,827 (430,596 kematian);

Perancis 5,841,129 kes (107,250 kematian);

Turki 5,083,996 (44,059 kematian);

Rusia 4,913,439 (114,723 kematian);

United Kingdom 4,444,631 (127,651 kematian);

Itali 4,139,160 kes (123,745 kematian);

Sepanyol 3,598,452 kes ( 79,281 kematian);

Jerman 3,575,644 kes ( 86,276 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 97 dengan 90,815.  Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 90 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 18 Р1,731,652 kes (47,716 kematian);

Filipina di tangga 25 Р1,124,724 kes (18,821 kematian);

Myanmar di tangga 82 Р143,004 kes (3,212 kematian);

Thailand di tangga 94¬†–¬†93,794 kes¬†(518 kematian);

Singapura di tangga 105 Р61,453 kes (31 kes kematian);

Kampuchea di tangga 129 Р21,141 kes (142 kematian);

Vietnam di tangga 177 Р3,710 kes (35 kematian);

Laos di tangga 190 Р1,482 kes (1 kematian);

Brunei di tangga 201 Р231 kes (tiga kematian).

————————————————————————————————————–

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan¬† 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

21  −  20  =