COVID-19: Tujuh sekolah ditutup di Johor

 COVID-19: Tujuh sekolah ditutup di Johor

JOHOR BAHRU, 26 Januari – Sebanyak tujuh buah sekolah di negeri ini ditutup susulan beberapa murid dan guru positif COVID-19.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu, penutupan itu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari.

Datuk Dr Aman Rabu

Penutupan itu bagi siasatan dan kawalan COVID-19 dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah serta mengenal pasti kontak rapat dengan segera.

“Arahan penutupan sekolah itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, tiga sekolah melibatkan daerah Johor Bahru yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik, SK Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

“SK Nong Chik ditutup bermula 17 hingga 27 Januari, melibatkan tiga murid dan dua guru positif, manakala SK Larkin 1 ditutup bermula 22 hingga 28 Januari melibatkan dua murid dan lima guru positif,” katanya.

Sementara KV Tanjung Puteri pula ditutup 21 hingga 27 Januari dengan empat murid positif, katanya. – ENDS

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  8