COVID-19: Thailand rekod 2,256 kes baru, 30 kematian

 COVID-19: Thailand rekod 2,256 kes baru, 30 kematian

Seorang petugas perubatan memakai pakaian PPE membuat persediaan di dewan yang diubahsuai menjadi sebuah hospital di Bangkok

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 16 Mei — Thailand kelmarin melaporkan 2,256 kes COVID-19 baru dan 30 kematian, termasuk seorang pesakit berumur 15 tahun. Setakat ini jumlah kes di negara itu adalah 96,050 dan 548 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata jumlah kematian terbaru ini termasuklah 16 lelaki dan 14 perempuan berumur di antara 15 dan 85 tahun.

Daripada jumlah 2,256 kes baru, 2,251 adalah jangkitan tempatan termasuk 183 banduan dan 5 kes import, termasuk 2 warga Thailand yang kembali dari Malaysia.

“Setakat ini seramai 33,186 pesakit masih dirawat di hospital, dimana 1,203 adalah kes serius dan 408 menggunakan alat bantuan pernafasan,” kata beliau.

Sementara itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) telah meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat Moderna Inc.

Ketua Setiausaha FDA Dr Paisarn Dunkum berkata pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun bermula 13 Mei.

Vaksin ini adalah yang ke-empat diluluskan penggunaannya di Thailand. Tiga lain adalah vaksin dari AstraZeneca, Sinovac dan Johnson & Johnson.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  25  =  33