COVID-19: Thailand larang kemasukan warga asing dari Pakistan, Bangladesh, Nepal

 COVID-19: Thailand larang kemasukan warga asing dari Pakistan, Bangladesh, Nepal

BANGKOK, 10 Mei– Thailand hari ini mengenakan larangan kemasukan warga asing yang melakukan perjalanan dari tiga lagi negara iaitu Pakistan, Bangladesh dan Nepal bermula hari ini dalam usaha untuk mengekang penularan varian COVID-19 India.

Sebelum ini larangan sama dikenakan ke atas warag asing yang melakukan perjalanan dari India.

Terdahulu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) mengesahkan laporan bahawa pelancong dari Pakistan ke Thailand telah dijangkiti varian COVID-19 India.

Jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat, berkata CCSA meminta kementerian untuk menangguhkan sementara pengeluaran Sijil Masuk (CoE) kepada semua warga asing yang melakukan perjalanan dari negara yang mempunyai kes varian India itu.

“Kami bersetuju dengan syor CCSA … Saya ulangi bahawa langkah itu hanya sementara kerana kerajaan Thailand mahu memastikan usaha mencegah penularan varian baharu di negara ini dapat dilaksana dengan berkesan.

“Langkah ini hanya sementara untuk semua warga negara asing yang datang dari tiga negara tersebut.

“Bagaimanapun, warga Thailand, diplomat misi di Thailand dan keluarga mereka serta penduduk tetap yang melakukan perjalanan dari negara terbabit masih boleh kembali ke Thailand jika mahu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak 1 Mei, kementerian luar menangguhkan pengeluaran CoE kepada warga asing yang ingin melakukan perjalanan dari India ke Thailand.

Thailand mengesan kes pertama varian India, melibatkan ibu dan anak warga tempatan yang tiba dari Pakistan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  4  =