COVID-19 tempoh sukar buat saya – Noor Iasah

 COVID-19 tempoh sukar buat saya – Noor Iasah

Siti Noor Iasah umumkan persaraan selepas tamat Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020. Foto- Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Sept — “COVID-19 adalah satu tempoh yang sukar untuk saya dan juga keluarga”

Demikian adalah reaksi atlet olahraga paralimpik negara, Siti Noor Iasah ketika ditemubual Wacana.my dalam Program Pentas Wacana yang disiarkan secara langsung di Facebook dan Youtube Wacana.my.

Beliau berkata, sebagai seorang atlet yang sudah berkeluarga, pandemik COVID-19 telah membataskan waktu untuk bersama dengan keluarga kerana terpaksa untuk memberikan fokus sepenuhnya di kem latihan kebangsaan.

“Sebelum pandemik, hujung minggu saya mesti akan balik sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali, saya mesti akan balik untuk luangkan masa dengan keluarga.

“Tapi selepas negara menghadapi pandemik, dekat situlah saya terpaksa ketepikan sekejap keluarga dan fokus kepada latihan, itu antara cabaran untuk saya sepanjang saya menjadi atlet,” katanya.

Bukan itu sahaja, Noor Iasah juga turut mengakui pandemik COVID-19 sedikit sebanyak meganggu perancangannya sebelum menyertai kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 susulan kurannya menyertai kejohanan-kejohanan di luar negara.

“Sebelum ini, saya banyak sertai kejohanan luar contohnya Kejohanan dunia di Qatar dan saya ada juga sertai kejohanan yang dianjurkan di dalam negara.

“Tapi selepas pandemik, saya memang tidak sertai apa-apa kejohanan langsung dan hanya fokus kepada latihan dan ujian masa sahaja.

“Jadi agak sukar juga untuk saya sebab berlatih dan ambil ujian masa tidak sama seperti kita masuk kejohanan luar kerana kita tiada pesaing,” katanya.

Untuk rekod, Siti Noor Iasah berjaya memasuki acara akhir bagi acara 400 meter (m) wanita T20 di Sukan Paralimpik Tokyo dengan catatan masa  1 minit 01.05 saat (s) di Stadium Olimpik Tokyo, dan acara tersebut adalah penutup bagi kariernya setelah beliau mengumumkan untuk bersara.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  3