COVID-19: Sekolah di United Kingdom mula dibuka minggu ini

 COVID-19: Sekolah di United Kingdom mula dibuka minggu ini

Sekolah-sekolah mula dibuka di United Kingdom minggu ini.

LONDON, 3 Sept — Sekolah-sekolah mula dibuka di United Kingdom minggu ini.

Bagi mengelakkan penularan dalam komuniti, ujian saringan COVID-19 besar-besaran akan dilakukan.

Menurut Setiausaha Pendidikan Britain, Gavin Williamson, ujian saringan yang dilakukan adalah sebahagian daripada usaha tanpa menguatkuasakan sekatan tambahan.

Beliau menjelaskan keseimbangan perlu dicapai bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan sebaiknya.

“Kita perlu mencari titik keseimbangan yang terbaik bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna.

“Oleh sebab itu, kita lakukan ujian saringan besar-besaran ini. Dan seperti yang saya katakan, kita akan menyaksikan 9 juta ujian dilakukan dalam beberapa minggu akan datang,” kata Williamson.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan pelan kerajaan sekiranya berlaku lonjakan kes apabila ratusan ribu kanak-kanak kembali ke sekolah minggu ini.

Pakar menjangkakan akan berlakunya lonjakan kes menjelang akhir September selepas berakhirnya musim panas. –Reuters

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  −    =  38