COVID-19: Sarawak kembali catat angka kes harian tertinggi

 COVID-19: Sarawak kembali catat angka kes harian tertinggi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sejumlah 19,495 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti kini mencecah 2,030,935 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi data yang dikongsi di Facebooknya, memaklumkan sebanyak lapan negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu sebanyak 4,709 kes.

“Ia disusuli Selangor dengan 2,710 kes, Sabah (2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178) dan Perak (1,174).

“Turut melaporkan pertambahan kes hari ini ialah Terengganu iaitu 993 kes, Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108), Putrajaya (16), manakala hanya Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  6