Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
COVID-19 : Rakyat Malaysia antara dua kes terbaru penularan tempatan di Singapura

SINGAPURA, 26 Feb — Seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun adalah antara dua kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Dilabelkan sebagai KesĀ 60448, pemegang permit kerja itu merupakan pekerja PSA Corporation Ltd, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.
āKeputusan ujian serologi beliau kembali positif tetapi kami membuat penilaian bahawa ini mungkin jangkitan semasa,ā menurut kenmenterianĀ itu yang menambah lelaki berkenaan adalah asimptomatik.
Kementerian memaklumkan, lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19Ā Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.
āIni menjelaskan tentang keputusan ujian serologinya yang positif kerana beliau berkemungkinan mula menghasilkan antibodi selepas vaksinasi,ā menurut kementerian itu.
Biasanya, ia mengambil beberapa minggu untuk seorang individu membinaĀ imuniti selepas selesai vaksinasi, oleh itu, lelaki berkenaan mungkin dijangkiti sebelum mendapat perlindungan selepas divaksin, menurut kementerian itu.
Sehingga tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 10 kes baharu termasuk dua kes import, menjadikan jumlah jangkitan di sini kepadaĀ 59,900 kes.