COVID-19: R-naught negara kekal 0.98, Sarawak tertinggi

 COVID-19: R-naught negara kekal 0.98, Sarawak tertinggi

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia (R-naught) kekal pada angka yang sama untuk dua hari berturut-turut.

Pada Isnin ia direkodkan pada 0.98 sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.16, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Sabah, Kedah, Melaka, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 11 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −    =  7