• Monday, 21 June 2021, 2:56 am

COVID-19: Pasar moden Seksyen 6 Shah Alam ditutup empat hari

 COVID-19: Pasar moden Seksyen 6 Shah Alam ditutup empat hari

SHAH ALAM, 28 Mei — Pasar Moden Seksyen 6, dekat sini diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini susulan berlakunya kes positif COVID-19 dalam kalangan peniaga di pasar itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata penutupan pasar berkenaan sehingga Ahad depan adalah sebagai salah langkah pengawalan bagi penularan penyakit dan pengesanan kontak kes positif COVID-19 di pasar tersebut.

“Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan¬†disaran¬†untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 dalam kadar segera dan mengemukakan keputusannya¬†pada MBSA sebelum dibenarkan meneruskan operasi perniagaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menyarankan mereka untuk melaksanakan ujian saringan di lokasi program saringan COVID-19 percuma kerajaan negeri Selangor atau mana-mana klinik dan pusat perubatan swasta yang mengadakan perkhidmatan saringan.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati pintu masuk utamanya ditutup dan tempat letak kenderaan juga lengang susulan penutupan operasi premis berkenaan.

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *