COVID-19: New Delhi umum perintah berkurung waktu malam

 COVID-19: New Delhi umum perintah berkurung waktu malam

NEW DELHI, 6 April — New Delhi pada Selasa mengenakan perintah berkurung sehingga 30 April bermula 10 malam hingga 5 pagi berikutan peningkatan kes COVID-19.

New Delhi satu daripada bandar raya yang mencatatkan lonjakan mendadak dalam kes harian.

Sejumlah 3,548 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data Kementerian Kesihatan India pada Selasa.

Pihak berkuasa di bandar yang didiami 20 juta penduduk itu berharap dengan mengenakan perintah berkurung dapat menyekat pergerakan orang ramai pada waktu malam sekali gus membantu mengurangkan jumlah kes baharu.

Sejumlah 14,589 kes aktif dan 3,090 zon pembendungan, menurut media tempatan.

Maharashtra negeri paling teruk terjejas pada Ahad mengumumkan peraturan lebih ketat membabitkan perhimpunan awam, perintah berkurung waktu malam dan sekatan pergerakan pada hujung minggu.

Negeri ini menyumbang 47,288 daripada 96,982 kes harian di India.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  4  =