COVID-19: Negara hampir capai sasaran 90% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

 COVID-19: Negara hampir capai sasaran 90% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Negara hampir capai sasaran 90% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Seperti satu motivasi untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri, kadar vaksinasi negara semakin hampir mencapai sasaran 90%.

Setakat tengah malam tadi, hanya dua sahaja peratus lagi sehingga kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 94.4 peratus atau 22.09 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.71 juta individu atau 63.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Sejumlah 23.96 juta daripada populasi keseluruhan, atau 73.3 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 114,124 atau 3.6 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 115,863 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.57 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), jika 90 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa dicapai, rentas negeri akan dibenarkan.

Setakat Isnin, 20.6 juta individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *