COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

 COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

(Gambar Fail) KUALA LUMPUR 25 MEI 2021. Suasana lengang di hadapan sebuah kompleks beli-belah di pusat bandar bakal berubah setelah Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 PPN. WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 10 Sept –Kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2 bermula hari ini.

Perkara itu seiring dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu lepas.

Di bawah Fasa 2 PPN, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini, sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang diberikan, kebenaran merentas daerah bagi individu, kebenaran merentas negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh, kebenaran merentas negeri untuk ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun, serta aktiviti dine-in.

Selain itu, aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama bagi penginapan di hotel dan homestay.

Bagaimanapun, kelonggaran ini hanyalah untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 sahaja.

Bagi negeri Fasa 2 dan Fasa 3 pula, kelonggaran tambahan diberikan kepada perniagaan di kedai gunting, dandanan rambut, dan salon kecantikan.

Kini, hanya Kedah dan Johor masih berada di bawah Fasa 1 PPN.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =