COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 235.2 juta

 COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 235.2 juta

Foto – WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Universiti John Hopkins melaporkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 235.2 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 43.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.4 juta kes.

United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina catat lebih 5 juta kes dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.2 juta kes, Thailand dengan 1.6 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 106,000 kes.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *