COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 229.8 juta

 COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 229.8 juta

Sukarelawan dari Badan bukan kerajaan (NGO) Kembara Kitchen membantu menguruskan pesakit COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 sept — Kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 229.8 juta susulan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data terkini dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 42.4 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.2 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki menghampiri jumlah 7 juta.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.4 juta, Malaysia lebih 2 juta kes, Thailand dengan 1.5 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 79,000 kes.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *