COVID-19: Kadar kebolehjangkitan menunjukkan trend menurun, Sarawak tertinggi

 COVID-19: Kadar kebolehjangkitan menunjukkan trend menurun, Sarawak tertinggi

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun bagi purata dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr NoorHisham Abdullah berkata, kadar itu kekal direkodkan 1.01 pada Sabtu.

” Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.25, diikuti Perlis, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat lima kes baharu.

Sebelum ini, media melaporkan Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini adalah 0.81 pada 3 Mac lalu sementara yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1