COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kembali meningkat, Sarawak tertinggi

 COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kembali meningkat, Sarawak tertinggi

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali meningkat selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.

Nilai itu berada pada kadar 0.99 semalam berbanding 0.97 pada Khamis.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.15, diikuti Terengganu, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Pahang.

Sementara itu, Kedah, Putrajaya, Sabah, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 6 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  −    =  65