COVID-19 dan politik faktor pelabur masuk

 COVID-19 dan politik faktor pelabur masuk

Oleh Mohd Kamal Ahmad

JOHOR BAHRU, 11 Feb: Kemasukan pelabur asing dan pembukaan semula pintu masuk di sempadan termasuk Tambak Johor bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dibuktikan oleh seluruh rakyat, agensi kerajaan serta kepemimpinan negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan kegiatan industri di Johor terpaksa diperlahankan atau ditutup sepenuhnya.

Datuk Mohd Izhar Ahmad

“Selagi angka kes COVID-19 di Malaysia berada di paras yang tinggi dan negara terus berada dalam zon merah, selagi itu kita menghadapi kekangan untuk berunding dengan prospek pelabur yang berpotensi. Penguatkuasaan kawalan rentas sempadan dengan penutupan sempadan antarabangsa menyukarkan lagi proses rundingan di mana komunikasi di antara dua pihak terbabit hanya terhad secara maya sahaja. Usaha menarik minat pelabur yang berpotensi lazimnya akan terkandas di peringkat rundingan awal, ini kerana pihak pelabur sudah semestinya ingin melihat dan berkunjung ke lokasi pelaburan.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk memastikan pematuhan SOP dan PKP supaya angka kes dapat diturunkan. Apabila kita berada di zon hijau, pada ketika itu pelabur akan berlumba-lumba datang,” katanya kepada Wacana.my ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan jumlah pelaburan masuk ke Johor sepanjang 2020 merosot kepada RM5.714 bilion berbanding RM11.455 bilion pada 2019.

“Pelancongan dan pelaburan selalunya datang serentak. Johor terkesan teruk apabila pelancongan terhenti manakala pelaburan terjejas akibat COVID-19,” katanya sambil memberitahu komitmen kerajaan negeri berhubung usaha memulihkan Johor dari kesan COVID-19.

Berdasarkan perangkaan, pelaburan Singapura di Johor berjumlah kira-kira 20-30 peratus daripada pelaburan keseluruhan dari kalangan negara Asia ke negeri itu.

“Kita tahu faktor Dollar Singapura yang kini mencecah lebih kurang RM3 bagi setiap dollar. Namun, perlu ada pelan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam negeri dengan gaji yang lebih baik.

“Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan lebih banyak industri berteknologi tinggi dan berteraskan automasi supaya tenaga mahir tempatan boleh digembleng dan dibayar dengan gaji lebih tinggi. Industri seperti ini juga mampu mengurangkan jumlah lambakan graduan di pasaran,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  4