COVID-19: Biden umum mandat baharu vaksinasi di AS

 COVID-19: Biden umum mandat baharu vaksinasi di AS

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden

KUALA LUMPUR, 10 Sept –Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat (AS) didapati kecewa susulan 80 juta daripada mereka masih belum mendapat vaksin COVID-19 sekali gus memberi kesan terhadap negara itu.

Presiden Joe Biden berkata demikian apabila mengumumkan mandat baharu berkaitan vaksinasi di negara itu.

Mandat itu bakal mempengaruhi sebanyak 100 juta rakyat AS dalam usaha meningkatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengekang peningkatan varian Delta.

Peraturan yang diperluaskan itu mewajibkan semua majikan dengan lebih daripada 100 pekerja perlu berikan vaksin atau melakukan ujian saringan setiap minggu.

Sementara itu, kira-kira 17 juta pekerja di kemudahan kesihatan yang menerima Medicare atau Medicaid juga perlu diberikan vaksin sepenuhnya.

Biden juga menandatangani arahan eksekutif yang memerlukan vaksinasi bagi pekerja cabang eksekutif dan kontraktor yang melakukan perniagaan dengan kerajaan persekutuan tanpa pilihan untuk melakukan ujian saringan.

Ini akan mempengaruhi dan merangkumi beberapa juta pekerja lagi.

Biden mengumumkan syarat-syarat baharu itu sebagai sebahagian tindakan pelan baharu untuk mengatasi kenaikan kes jangkitan koronavirus.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  7