COVID-19: Angka kematian dunia mencecah 4.71 juta

 COVID-19: Angka kematian dunia mencecah 4.71 juta

Kakitangan di krematorium Bliss Garden menyembur cecair nyah kuman ke atas keranda yang berisi mangsa COVID-19 sebelum dibawa masuk untuk dibakar. WMY/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR, 23 sept — Jumlah angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.71 juta.

Johns Hopkins University melaporkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 680,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 591,000 kes, India lebih 445,000 kes, Mexico lebih 272,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 135,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka kematian melebihi 93,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 140,000 kes.

Filipina mencatatkan kedua kematian tertinggi dengan lebih 37,000 diikuti Malaysia dengan 24,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 15,000 mangsa.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *