COVID-19 ajar jadi lebih kreatif

 COVID-19 ajar jadi lebih kreatif

Usahawanita muda, Ezwana Shafiqah memegang produk penjagaan rambut keluarannya.

Oleh Zuan Azmi

Sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19 menyebabkan banyak peniaga yang terjejas dengan aktiviti ekonomi yang berkurangan secara drastik.

Melihat kesan pandemik ini pada sisi positif, ia mendorong lebih ramai usahawan untuk mengambil pelbagai langkah pemulihan yang lebih kreatif dengan menawarkan produk yang memenuhi keperluan semasa rakyat Malaysia yang kebanyakan menghabiskan masa di rumah sahaja.

Produk keluaran Ezwana menggunakan bahan-bahan organik yang baik untuk penjagaan rambut.

Pengasas jenama MIES HAIRCARE yang mengeluarkan produk penjagaan rambut dan kulit kepala Cocomint, Ezwana Shafiqah, 33, mengambil peluang untuk merancakkan aktiviti mempromosi produk rambut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini berikutan lebih ramai permintaan pelanggan yang ingin lebih fokus menjaga penampilan diri dan melakukan rawatan rambut dan kulit kepala sendiri di rumah.

Cocomint ialah mask rawatan rambut dan kulit kepala yang diperkaya dengan minyak kelapa, pudina dan avocado. Produk ini diformulasi untuk membantu menyembuhkan rambut rosak dan merawat masalah kulit kepala seperti kelumumur dan kulit kepala berminyak. Selepas lebih 2 tahun beoperasi, permintaan untuk produk Cocomint ini semakin meningkat dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

“Saya juga mula memikirkan cara untuk membantu mereka yang terjejas di musim PKP untuk menjana pendapatan sampingan dengan menawarkan program Agent dan Dropship kepada mereka yang berminat untuk membantu mempromosi dan menjual produk ini seterusnya menjana pendapatan khasnya golongan wanita di seluruh negara . Selain itu, ia juga dapat memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan produknya,” kata Ezwana.

Katanya, pandemik COVID-19 banyak mengajarkan beliau lebih kreatif di dalam menjana pendapatan dan menawarkan pelbagai jenis bentuk promosi menerusi platform Facebook, Instagram dan Shopee.

Produknya kini semakin mendapat perhatian pembeli tempatan dari serata Malaysia dan seringkali dipaparkan di beberapa blog dan portal kesihatan dan penjagaan diri.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  5