COVID-19: 240 kematian baharu, 71 BID

 COVID-19: 240 kematian baharu, 71 BID

SHAH ALAM 23 JUN 2021. Kakitangan di krematorium Bliss Garden meletakkankan keranda yang berisi mangsa COVID-19 untuk dibakar. WMY/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Kes kematian akibat COVID-19 kini mencatatkan penurunan kepada 240 jumlah kes.

Setakat tengah malam tadi, Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 240 kematian baharu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,935 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,215,690 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 71 daripada 240 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, memakan masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −    =  18