Covid-19 : 22 Bazar Ramadan di tujuh negeri diarah tutup

 Covid-19 : 22 Bazar Ramadan di tujuh negeri diarah tutup

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 April — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan 22 bazar Ramadan dibawah seliaannya ditutup bermula 1 Mei 2021.

Arahan tersebut adalah susulan hasil analisa pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, KPKT berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) Bank Negara yang turut mengesan ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 dikawasan bazar Ramadan yang terlibat.

Senarai bazar Ramadan mengikut negeri adalah seperti berikut; dua di Selangor, Bazar Ramadan Puncak Jalil dan Bazar Stesen LRT Cempaka di Ampang.

Manakala di Kuala Lumpur, Bazar Ramadan Taman  Setiawangsa dan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang diarahkan tutup.

Di negeri Johor, empat bazar Ramadan diarahkan tutup iaitu Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex, Bazar Ramadan Kg Pasir Jalan Mata Kucing, Bazar Ramadan Mart Kempas dan Bazar Ramadan Lok Heng.

Sementara itu lapan Bazar Ramadan di arahkan tutup di Pulau Pinang, tiga di Kedah, dua di Pahang dan Bazar Ramadan di Bazar Nenas Kg Selabak di Teluk Intan Perak turut diarahkan tutup bermula esok.

Bagaimanapun notis penutup itu tidak menyatakan tempoh penutupan kesemua Bazar Ramadan yang terlibat.

KPKT turut menasihati pengusaha dan urusetia Bazar Ramadan seluruh negara untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan jangkitan wabak Covid-19 dan teruskan usaha memutuskan rangkaian virus tersebut.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75  +    =  84