• Friday, 18 June 2021, 1:12 am

Cool sah perkuat skuad Harimau Malaya

 Cool sah perkuat skuad Harimau Malaya
Antara aksi Cool ketika menentang Real Madrid

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia Dion Cools sah  perkuat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi cabaran pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengesahkan perkara tersebut disahkan dalam kenyataan di laman Facebook rasmi FAM.

Difahamkan Cools, 24, yang beraksi bersama pasukan Liga Denmark, FC Midtjylland tiba di hotel penginapan skuad kebangsaan di Dubai hari ini.

Ketibaan Cools setelah segala proses dokumentasi di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selesai terutama berhubung status kelayakan beliau dan pendaftaran bersama pasukan.

“Dengan kehadiran beliau, ia dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya,” kata Hamidin.

Cools, dilahirkan di Kuching Sarawak, bapanya rakyat Belgium dan ibunya warga Malaysia menjadi pemain ke-26 skuad Harimau Malaya selepas pengendali Tan Cheng Hoe menyenaraikan 25 pemain bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Cools merupakan pemain Malaysia pertama yang pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama FC Midtjylland, menampilkan prestasi memberangsangkan ketika berdepan pemain Liverpool FC seperti Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Diogo Jota dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Aksi Cool ketika menentang Liverpool dalam UCL yang lalu

Berkebolehan bermain di pelbagai posisi khasnya di bahagian pertahanan dan tengah, pemain ini sentiasa meletakkan bendera Malaysia di bahagian bio laman Instagram miliknya sejak dulu lagi.

Cool pernah membantu pasukannya, FC Midtjylland menjuarai Liga Super Danish musim 2019/2020 dan layak ke UCL dua musim berturut-turut.

Beliau juga berjaya meraih dua kejayaan Liga Belgium dan dua kejuaraan Super Cup ketika mewakili Kelab Brugge.

Pada kempen kelayakan itu, Malaysia akan berdepan UAE pada Khamis ini, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam saingan Kumpulan G.

Usaha untuk membawa Cools oleh FAM beraksi bersama Harimau Malaya sebelum ini pernah cuba dilakukan, namun beliau dikatakan tidak bersedia ketika itu kerana mahu terlebih dahulu memberi fokus dalam kerjayanya di Eropah.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *