Cinta putus di tengah jalan, Camila Cabello dan Shawn Mendes kekal sahabat baik

 Cinta putus di tengah jalan, Camila Cabello dan Shawn Mendes kekal sahabat baik


Berita perpisahan pasangan selebriti, Shawn Mendes dan Camila Cabello yang diumumkan di media sosial membuatkan ramai bersedih.

Memilih Instagram sebagai platform untuk berkongsi perkhabaran sedih itu, mereka masing-masing mengambil keputusan membawa haluan sendiri selepas berpisah.

Ibarat belangkas yang sering dilihat ke mana-mana, berita perpisahan pasangan selebriti itu membuatkan ramai sukar untuk mempercayai erti cinta lagi.

“Hi semua, kami memutuskan untuk menamatkan hubungan romantik kami tetapi kasih kami terhadap satu sama lain sebagai manusia semakin kuat.

“Kami mulakan hubungan ini sebagai kawan baik dan akan terus menjadi sahabat baik. Kami sangat menghargai sokongan yang diterima daripada mula sehingga ke hari ini,” ujar mereka.

Untuk rekod, Shawn dan Camila mula berpacaran pada Julai 2019 tidak lama selepas klip video bagi lagu Senorita diterbitkan.

Pada musim panas yang lalu, kedua-duanya dilihat meraikan ulang tahun kedua mereka di sosial media dan terkini, mereka turut merayakan sambutan Halloween bersama.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  −    =  31