China tidak akan dibuli kuasa luar: Xi Jinping

 China tidak akan dibuli kuasa luar: Xi Jinping

BEIJING, 1 Julai — Presiden China, Xi Jinping memberi amaran bahawa kuasa asing akan ‘memukul kepala sendiri’ jika mereka cuba membuli atau mempengaruhi negara komunis itu.

Memetik laporan BBC, Xi juga mengatakan bahawa Beijing tidak akan membenarkan serta bertolak ansur dengan sebarang ‘khutbah suci’, seperti yang berlaku secara meluas di Amerika Syarikat.

“Tidak ada siapa yang harus memandang rendah tekad, kehendak dan kemampuan rakyat China untuk mempertahankan kedaulatan serta integriti negara mereka,” katanya dalam ucapan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China, di sini, hari ini.

Sambutan ulang tahun ke-100 parti itu menyaksikan pertunjukan jet pejuang tentera, ucapan serta lagu-lagu patriotik dimainkan.

Hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China bertambah buruk sejak kebelakangan ini atas isu perdagangan, pengintipan dan pandemik.

China berulang kali menuduh AS berusaha untuk mengekang pertumbuhannya dan komen-komen itu juga dilihat sebagai rujukan langsung kepada Washington.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

77  +    =  81