China kutuk kehadiran kapal AS di Selat Taiwan

 China kutuk kehadiran kapal AS di Selat Taiwan

Kapal perang USS Curtis Wilbur

TAIPEI, 23 Jun – China hari ini mengutuk Amerika Syarikat sebagai “pencipta risiko” utama di rantau itu, setelah sebuah kapal perang AS sekali lagi berlayar melalui selat yang memisahkan Taiwan daripada negara China, menurut agensi Reuters.

Armada ke-7 tentera laut AS berkata, kapal pemusnah kelas Arleigh Burke bernama USS Curtis Wilbur tersebut hanya melakukan “transit Selat Taiwan biasa” semalam, mengikut undang-undang antarabangsa yang sedia ada.

“Transit kapal melalui Selat Taiwan menunjukkan komitmen AS kepada rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.”

Angkatan Tentera China (PLA) pula berkata, mereka telah memantau pergerakan kapal tersebut dan memberi amaran kepada krunya.

“Amerika sengaja melakukan permainan yang lama, dengan membuat masalah dan menyebabkan gangguan di Selat Taiwan,” katanya.

“Ini membuktikan Amerika Syarikat adalah pencipta risiko paling utama di rantau ini, dan kami amat membantah tindakan ini.”

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan berkata kapal itu belayar ke arah utara menerusi selat tersebut dan “situasi adalah normal”.

Kapal yang sama belayar menerusi selat yang sama sebulan lalu, menyebabkan China membuat dakwaan bahawa Amerika Syarikat “mengancam keamanan dan kestabilan”.

 

Misi AS terbaru ini dijalankan seminggu selepas Taiwan berkata 28 pesawat tentera udara China, termasuk pesawat penggempur dan pengebom yang berupaya membawa ordinan nuklear, memasuki zon pertahanan udara miliknya (ADIZ).

 

Insiden terbaru ini berikutan kenyataan bersama pemimpin negara G7 yang menyelar China di atas beberapa isu baru-baru ini. China mengutuk kenyataan tersebut sebagai “fitnah”.

 

Tentera laut AS telah menjalankan operasi sedemikian di Taiwan setiap bulan. Kerajaan AS, sepertimana kebanyakan negara lain, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan, tetapi adalah penyokong dan juga pembekal senjata utama.

Ketegangan di antara Taiwan dan Beijing memuncak semenjak setahun lalu, dengan Taipei mendakwa China selalu menghantar tentera udaranya ke dalam ADIZ.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6  +  1  =