China komited capai matlamat pembangunan berkualiti tinggi

 China komited capai matlamat pembangunan berkualiti tinggi

Perdana Menteri China, Li Keqiang

BEIJING, 24 Mac — Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata China akan terus berusaha menawarkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, membaik pulih persekitaran ekologi dan menambah baik struktur ekonomi serta kecekapan pengeluaran.

Usaha tersebut bagi memastikan matlamat pembangunan berkualiti tinggi dapat dicapai, kata Li ketika menghadiri sidang tahunan Forum Pembangunan China (CDF) 2021 pada Isnin.

Selain itu, ujar beliau China akan terus meningkatkan dinamik dan keberkesanan entiti pasaran, mendorong proses pembandaran, merangsang lebih besar potensi penggunaan domestik dan mengintensifkan fungsi penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Menurutnya, keterbukaan merupakan adalah teras kepada pembangunan China, sekali gus mendorong negara Tembok Besar itu untuk terus mengamalkan pintu terbuka sama ada dua hala atau pelbagai hala dengan banyak negara supaya mewujudkan situasi sama menang.

Dalam perkembangan lain, Li berkata meskipun diancam wabak COVID-19 pada tahun lalu, namun ekonomi China masih berupaya merealisasikan peningkatan positif melalui pimpinan teguh kerajaan pusat bersama usaha gigih rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan dikemukakan wakil BMW, HOWbuy, Manulife, Apple, Prudential, Daimler AG dan Sekolah Ekonomi Paris (PSE) berhubung impak wabak COVID-19.

Untuk rekod, CDF 2021 kali ini yang diadakan secara maya disertai pengusaha dari syarikat tersenarai dalam 500 perusahaan terbaik di dunia, pakar dan sarjana dari agensi pengajian ilmiah terkemuka antarabangsa serta wakil pertubuhan antarabangsa utama.

Sementara itu, wakil pelbagai pihak yang ditemui rata-ratanya kagum dengan pencapaian pembangunan China dan bersependapat bahawa pembaharuan serta amalan pintu terbuka yang akan terus dipertingkatkan mampu memberi lebih banyak peluang baharu.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  70  =  73