China hapuskan pengaruh ‘tycoon’ Hong Kong

 China hapuskan pengaruh ‘tycoon’ Hong Kong

Pengundian akan bermula pada 19 September ini untuk jawatankuasa itu. Gambar hiasan

BEIJING, 7 Sept — Hartawan Hong Kong akan mempunyai had dua kerusi sahaja bagi setiap keluarga untuk memilih datuk bandar, lapor South China Morning Post.

Langkah terbaru pemerintah China itu adalah untuk mengekang kawalan kuasa di hab kewangan Asia itu, yang kebiasaannya dimonopoli oleh keluarga hartawan.

Keluarga terkaya , termasuk CK Hutchison Holdings dan New World Development, telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, kata akhbar itu dalam satu laporan pada Isnin.

Beijing merombak Jawatankuasa Pemilihan datuk bandar awal tahun ini, dengan memperbanyakkan kerusi dari 300 kerusi menjadi 1,500 kerusi, dan lebih dari sepertiga dari mereka sekarang akan dipilih sendiri oleh kumpulan yang pro-Beijing bagi mengekang ruang untuk anggota pembangkang dan mengurangkan kekuatan para hartawan.

Tycoon Hong Kong selalunya menguasai hampir separuh suara di jawatankuasa itu, melalui kerusi mereka sendiri dan rakan-rakan dari empayar perniagaan mereka, memberikan mereka banyak pengaruh untuk mentadbir kota bekas jajahan Britain itu.

Perubahan tersebut adalah tanda terakhir kejatuhan mereka kepada kerajaan China di Beijing.

Beberapa pegawai China dan media negara itu menyalahkan hartawan-hartawan tersebut kerana gagal mencegah tunjuk perasaan antikerajaan pada tahun 2019 dan mengabaikan masalah yang mendalam seperti kemampuan memiliki rumah.

Kebergantungan Beijing terhadap hartawan juga menyusut dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika ekonomi China meningkat menjadi kuasa dunia.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

56  −  46  =