China bersiap hantar angkasawan pertama sejak 2016

 China bersiap hantar angkasawan pertama sejak 2016

SEBUAH kapal angkasa China akan berlepas dari gurun Gobi dalam beberapa hari lagi, dalam misi angkasawan pertama negara itu di dalam lima tahun. Kapal angkasa tersebut, yang akan dibawa ke angkasa oleh roket Long March, akan membawa tiga rakyat China untuk bertugas di sebuah modul yang mengorbit bumi selama tiga bulan.

Menurut Reuters, kapal yang dinamakan Shenzhou-12 itu, akan menjadi misi ke-tiga daripada sebelas misi yang perlu dijalankan bagi membina stesen angkasa lepas China menjelang tahun 2022. Daripada 11 misi tersebut, 4 akan membawa sejumlah hingga 12 angkasawan.

Angkasawan dari China kurang terlibat dengan misi pelbagai negara yang dipelopori negara Amerika Syarikat. Satu undang-undang AS yang mengharamkan sebarang kerjasama di antara agensi aeronotik NASA dengan China menyebabkan angkasawan negara timur tersebut tidak pernah ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), stesen berumur 2 dekad yang pernah dikunjungi 240 angkasawan dari pelbagai negara lain.

China, yang behasrat untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas menjelang 2030, menjadi negara ke-2 yang telah berjaya meletakkan ‘rover’ di planet Marikh pada bulan lalu. Dua tahun lalu, kapal angkasa China juga berjaya mendarat di bahagian balik belakang bulan.

Yang Liwei, pengarah Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas China dan angkasawan pertama negara itu berkata, walaupun misi Shenzhou-12 tidak akan membawa sebarang angkasawan wanita, misi-misi seterusnya dijangka melibatkan mereka.

 

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  1