Chelsea belasah Norwich 7-0 di Stamford Bridge

 Chelsea belasah Norwich 7-0 di Stamford Bridge

Mason Mount. FOTO Twitter CFC

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Mason Mount menyumbat gol hatrik untuk membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea menewaskan pasukan bawah liga, Norwich 7-0 di Stamford Bridge, London malam tadi.

Skuad Thomas Tuchel mendahului 2-0 selepas 18 minit perlawanan menerusi Mount dan Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol pertama mereka musim ini.

Mount juga membantu Reece James mendapatkan gol ketiga Chelsea sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain pertahanan, Ben Chilwell meledak gol keempat pada awal babak kedua sebelum gol sendiri Max Aarons dan dua jaringan Mount pada penghujung perlawanan melengkapkan kemenangan juara Eropah dua kali itu.

Lebih malang, pemain pertahanan Canaries Ben Gibson diarah meninggalkan padang kerana menerima dua kad kuning dan sehingga kini Norwich masih belum menang sebarang perlawanan untuk menduduki tangga tercorot EPL.

Dalam perlawanan lain, Watford menewaskan Everton 5-2 di Goodison Park manakala Manchester City menang 4-1 ke atas Brighton di tempat lawan.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *