Catut harga peranti PdPR, boleh didenda RM500,000

 Catut harga peranti PdPR, boleh didenda RM500,000

Datuk Rosol Wahid meninjau sebuah kedai menjual peralatan elektronik dan komputer di Kuala Terengganu, semalam

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Peranti elektronik dan telekomunikasi tidak tertakluk sebagai barangan kawalan kerana harganya tidak dikawal menerusi penetapan harga siling oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, bagi memantau harga berangan berkenaan kementerian melaksanakan Ops Catut 8.0.

Ops Catut 8.0 (Kelengkapan Elektronik & Komunikasi) di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 201 bertujuan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, menerusi operasi itu, kementerian membuat pemantauan terhadap barangan peranti termasuk komputer riba, telefon bimbit, mesin pencetak dan tablet.

Ini bagi mengelak supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna dengan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Rosol berkata, sejak dilaksanakan bermula 25 Januari hingga 7 Februari 2021, seramai 343 peniaga yang menjual peranti atau kelengkapan elektronik tersebut telah diperiksa dengan membabitkan 651 barangan.

“Seramai 341 peniaga diberi notis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 untuk mendapatkan maklumat harga dan kos belian barangan tersebut dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di pusat penjualan dan servis komputer di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga yang didapat bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 AKHAP 2011 atas kesalahan mencatut dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  +    =  40