CARSOME LANCARKAN FILEM JENAMA SERANTAU “MAKE IT CARSOME”

 CARSOME LANCARKAN FILEM JENAMA SERANTAU “MAKE IT CARSOME”

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2021 -Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara, telah melancarkan filem jenama serantau yang pertamanya bertajuk “Make It Carsome” di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Filem ini menampilkan ketelusan di sebalik pelaksanaan teliti Carsome apabila pelanggan membeli kereta Carsome Certified yang seumpama “kereta baharu”.

Filem jenama yang merangkumi maklum balas daripada pasukan Carsome di Malaysia, Indonesia, dan Thailand ini bertujuan untuk berkongsi proses di sebalik penyelesaian mobiliti Carsome yang mudah. Filem ini juga memainkan peranan dalam memperkenalkan Carsome kepada pasaran luar talian yang masih belum dicapai di rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Jenama Carsome Derek Tan berkata bahawa ini merupakan tempoh yang mengujakan buat Carsome dalam usahanya bagi menyahut cabaran untuk menjadikan Carsome sebagai jenama yang sering diingati oleh pengguna dalam industri kereta terpakai. “Melalui filem jenama ini, kami mahu merungkai kekusutan dalam menyampaikan mesej jenama utama kami secara autentik melalui manifesto jenama ‘Make It Carsome‘ di rantau Asia Tenggara untuk mereka yang ingin maju ke hadapan dalam penyelesaian mobiliti,” jelas Tan.

Ketua Pegawai Jenama Carsome Derek Tan

Filem “Make It Carsome” memaparkan situasi yang berlaku di sebalik pengalaman mudah apabila seseorang membeli kereta Carsome Certified. Filem ini turut memaparkan sorotan tentang pilihan lebih 1,000 buah kereta terpakai di platform Carsome serta jaminan kualiti pemeriksaan 175-titik Carsome yang memastikan kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan besar, rangka, kebakaran atau banjir.

Selain itu, proses pembelian kereta daripada Carsome juga mudah di mana proses kertas kerja yang perlu dilakukan pelanggan adalah minimum. Pelanggan hanya perlu membayar harga tetap tanpa bayaran tersembunyi dan kereta pula akan dihantar terus ke hadapan pintu pelanggan, lengkap dengan jaminan wang dikembalikan 5 hari dan jaminan 1 tahun melalui proses yang memberi ketenangan fikiran.

“Dengan pangkalan data terbesar di Asia Tenggara dan kedudukan Carsome di titik pertemuan antara inovasi teknologi dan data, kami paling tersedia untuk mengurangkan masalah industri kereta terpakai. Kami telah mengintegrasikan berjuta-juta titik data dan beribu-ribu jam ke dalam semua yang kami lakukan dalam beberapa saat tersebut untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan yang paling penting bagi kami di Carsome. Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menjadikan pengalaman dan kehidupan pelanggan Carsome lebih baik setiap hari,” Tan berkata.

Menambah kepada keterujaan penerbitan filem jenama serantau ini ialah penggunaan Bolt™ Cinebot™, robot kamera terpantas di dunia. Robot kamera 360o berkelajuan tinggi ini boleh merakamkan imej dengan fokus yang tajam dengan ketepatan yang jitu. Jarang digunakan dengan perantaraan digital (DI) dalam penggambaran komersial untuk jenama di rantau ini, persiapan set penerbitan ini mengambil masa selama 12 hari untuk dibina.

Gabungan seni dan teknologi menyerlahkan setiap proses dalam perjalanan pemilikan kereta pelanggan dengan Carsome. Format rakaman kamera 360o juga merujuk kepada gambaran 360o bahagian dalaman dan luaran bagi semua kereta yang disenaraikan di laman web Carsome, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan teliti Carsome apabila pengguna membeli kereta Carsome Certified.

Filem jenama “Make It Carsome” telah disiarkan dalam talian mulai minggu lepas dan boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Carsome Malaysia, Carsome Indonesia dan Carsome Thailand. Ianya juga akan ditayangkan di saluran televisyen percuma nasional di ketiga-tiga negara tersebut tidak lama lagi.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  9