Cara baru kempen mungkin kekal sehingga PRU- Gobind

 Cara baru kempen mungkin kekal sehingga PRU- Gobind

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo percaya cara baru berkempen mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) akan diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Kita terpaksa menyesuaikan diri dengan cara ini untuk mengurangkan risiko pandemik Covid-19.

“Jadi usaha untuk bertemu rakyat dilakukan menerusi cara lain dan tentulah digital antara pilihannya,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau berharap semua calon Pakatan Harapan menjadi pilihan utama rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 20 November nanti.

“Saya harap rakyat tahu tanggungjawab mereka, keluar beramai-ramai dan tahu bahawa PRN ini amat penting untuk kemakmuran dan kestabilan,” katanya.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =