Caprice kahwini ibu tunggal anak satu secara senyap-senyap?

 Caprice kahwini ibu tunggal anak satu secara senyap-senyap?

PETALING JAYA: Desas desus mengatakan penyanyi rapper Caprice,33, telah disahkan bergelar suami kepada wanita istimewa pilihannya Farra Inalis, 26.

Difahamkan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, telah berkahwin secara senyap-senyap pada hari ini, dan telah tersebarnya sekeping foto yang dimuat naik dalam Insta story seorang individu bernama Yasser Khan.

Melihat dalam foto berkenaan, telah kelihatan Caprice bersama pasangannya mengenakan persalinan persis baju nikah, serta telah menyarungkan cincin di jari manis wanita berkenaan.

Menurut sumber di media sosial, Caprice telah berkahwin dengan seorang wanita yang berstatuskan ibu tunggal anak satu.

Meskipun begitu, berita ini belum lagi dapat dipastikan kesahihannya, kerana Caprice belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara ini.

Menjengah di ruangan Instagram miliknya, Caprice tidak memuat naik sebarang gambar mahupun video perkahwinannya pada hari ini.

Apa pun seandainya dakwaan berita ini adalah benar, tahniah diucapkan buat penyanyi Caprice, semoga kekal hingga ke anak cucu.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  62  =  64