Calon PM ke-9 tiba menghadap Agong

 Calon PM ke-9 tiba menghadap Agong

KUALA LUMPUR 19 Ogos 2021. Calon Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara dengan menaiki bas bersama-sama Ahi Parlimen yang lain untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Calon Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bas yang membawa Ahli Parlimen Bera itu tiba di Pintu 2, Istana Negara pada jam 1.16 petang bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain.

Bas yang membawa calon Perdana Menteri tersebut berangkat dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur kira-kira pada jam 1 petang.

Turut kelihatan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut tiba pada jam 1.47 petang dengan menaiki kenderaan SUV putih.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen daripada BERSATU, UMNO dan BEBAS tiba pada jam 10.40 pagi dan selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada jam 11.50 pagi.

Pada pukul 4 petang semalam, tamat tempoh untuk Ahli-ahli Parlimen menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada 220 Ahli Dewan Rakyat, bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Isnin lepas.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −    =  19