Calon muda pilihan tepat untuk memimpin – Saifuddin Abdullah

 Calon muda pilihan tepat untuk memimpin – Saifuddin Abdullah

MELAKA, 19 Nov — Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah mengesahkan bahawa jentera parti Perikatan Nasional telah melakukan tugasan yang cemerlang sepanjang berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Saifuddin, meskipun calon wakil rakyat parti Perikatan Nasional majoritinya golongan muda, namun mereka mampu mencorak sebuah kepimpinan baru yang lebih kreatif serta inovatif.

Dato’ Saifuddin Abdullah

“Saya dapati kesemua 28 calon PN bekerja keras, mereka berhempas pulas untuk bertemu dengan para pengundi, kita sedar ada banyak prosedur operasi standard (SOP) yang mesti kita ikuti sebaiknya

Sebahagian daripada calon walaupun berusia muda dan pertama kali bertanding, tetapi nampak mereka cepat belajar dan pada saya amat membanggakan, ketelusan dan kesetiaan untuk berbakti kepada rakyat nampak jelas,” kata Datuk Saifuddin.

Tambahnya lagi, meskipun mempunyai halangan untuk berkempen pada kali ini, namun pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi mendekatkan calon-calon PN untuk bertemu rakyat.

“Semua calon (PN) sangat kreatif kerana menggunakan media sosial seperti “Facebook live”, ada yang bertemu pengundi dengan cara yang santai seperti beriadah bersama, ini merupakan kreativiti calon untuk menangani halangan (SOP) yang melarang berkempen

Lantaran itu, dia berkata, PN mempunyai peluang kemenangan yang cerah kerana meletakkan calon yang tepat sebagai kekuatan untuk bersaing dengan parti yang lain.

Saya kira PN mempunyai peluang yang amat baik, apa lagi setelah kita mengumumkan calon ketua menteri Mas Ermieyati adalah calon yang cukup tepat malah dapat membezakan calon daripada parti yang lain

“Saya yakin rakyat Melaka yang Budiman mempunyai kebijaksanaan untuk memilih calon calon PN, dengan aura Tan Sri Muhyiddin Yassin atau abah masih melekat dikalangan penduduk Melaka, saya yakin kita boleh dapat keputusan yang positif,” ujarnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =