Caj RM1 antara bank ATM disambung 1 Feb

 Caj RM1 antara bank ATM disambung 1 Feb

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR, 1 Feb 2022 : Orang ramai diingatkan tiada lagi pengecualian caj RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), bermula hari ini (1 Feb 2022).

Laman Twitter, semalam dipenuhi dengan ingatan warganet mengenai caj transaksi RM1 yang dikenakan semula kepada pengguna yang juga pemegang kad ATM.

Sebelum ini, pemegang kad menikmati pengecualian caj RM1, bagi pengeluaran wang tunai di mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kerajaan memperkenalkan pengecualian caj berkenaan pada Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS), 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS ketika pelaksanaan PKP tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Bagaimanapun, pada Disember 2021, selepas beberapa pihak bank seperti CIMB Bank, Citi Bank, dan RHB Bank membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan semula ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, Maybank turut mengikut langkah sama.

Bank berkenaan mengumumkan caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula pada 1 Februari 2022.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” demikian menurut Maybank.

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  56  =  60