FAM akan perhalusi cadangan TMJ dan kaji semula Program Naturalisasi

 FAM akan perhalusi cadangan TMJ dan kaji semula Program Naturalisasi

Barisan kesebelasan pemain Malaysia sebelum aksi menentang Thailand dalam pertemuan mereka untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum. WMY/Adli Ghazali

PETALING JAYA, 19 Jun — Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengambil maklum cadangan yang telah dikemukakan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menguruskan Skuad Harimau Malaya.
Menurut Hamidin, perkara tersebut perlu diperhalusi sebaiknya kerana FAM sebagai badan induk bola sepak negara mempunyai tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan.

Terdahulu, TMJ menawarkan khidmatnya untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya namun tidak menjanjikan kejayaan segera. TMJ juga berkata akan menawarkan fasiliti dan jurulatih yang lebih baik buat skuad negara.

Reaksi pemain Malaysia, Guilherme De Paula Lucrecio (dua, kiri) selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Vietnam untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum. WMY/Adli Ghazali
Selain itu, berhubung isu pemain naturalisasi dan persembahan semasa skuad negara akan turut diberi perhatian oleh FAM.
ianya susulan kecaman yang dilemparkan orang ramai kepada tiga pemain naturalisasi negara yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan dalam tiga perlawanan sebelum ini.
“Saya telah mengarahkan sekretariat FAM untuk perkara ini dibincangkan oleh Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM secara bersama dengan Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee bagi mengkaji tentang keberkesanan program pemain naturalisasi ini.
Pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh (kiri) dihalang oleh pemain UAE, Ali Hassan Alblooshi dalam pertemuan mereka untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel. WMY/Adli Ghazali
“Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM akan menunggu laporan penuh post-mortem daripada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihannya selepas berakhir tempoh kuarantin pasukan, mengenai persembahan skuad Harimau Malaya sepanjang Pusingan 1 dan Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta persediaan awal pasukan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada Februari 2022 untuk dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.
Menurut Hamidin lagi, kesemua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan ini kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −  19  =