Burung gagak ditembak hampir 1,453 ekor di Shah Alam

 Burung gagak ditembak hampir 1,453 ekor di Shah Alam

SHAH ALAM: Kawasan bandaraya Shah Alam, dilihat terlalu banyak lambakan haiwan burung gagak yang mungkin akan merimaskan penduduk kawasan berkenaan.

Lantaran itu, satu operasi menembak telah pun dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam semalam, telah menyasarkan tembakan sebanyak 1,453 ekor burung gagak, ia bertujuan untuk mengurangkan populasi haiwan berkenaan.

Sumber Foto: MBSA

Difahamkan, Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Shahrin Ahmad berkata hampir seramai 10 orang penembak telah mengambil bahagian dalam operasi tersebut.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad

Operasi berkenaan telah bermula daripada jam 6.30 pagi hingga 9 malam di kawasan pentadbiran MBSA.

“Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu serta menimbulkan rungutan kepada orang ramai.

“Justeru, operasi ini merupakan inisiatif untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak di kawasan pentadbiran MBSA,”katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu,pihak MBSA berharap agar orang ramai dapat memberikan kerjasama menjaga kebersihan terutama aspek pengurusan sampah bagi mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

39  +    =  48