Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kekurangan pemangkin pembelian

 Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kekurangan pemangkin pembelian

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, dengan situasi pasaran kekal lembap berikutan kekurangan pemangkin pembelian dan aliran masuk ketara daripada dana asing.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, turun 2.51 mata kepada 1,614.22 selepas ditutupĀ di paras terendah harian 1,616.73 pada Isnin.

Indeks itu 0.05 mata lebih tinggi kepada 1,616.78 pada pukul 9 pagi namun susut selepas 30 saat dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 228 berbanding 207 manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,465 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 309.59 juta saham bernilai RM146.57 juta.

Menurut Rakuten Trade indeks itu dijangka meningkat lebih tinggi dan menguji paras 1,620 pada Selasa dalam keadaan pasaran serantau mengalami prestasi tidak menentu.

ā€œMemandangkan ketidaktentuan pasaran meningkat, kami berpandangan pasaran serantau mungkin akan mengalami prestasi lembap hari ini,ā€ jelasnya.

Bagaimanapun buat masa ini, pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun naik 0.52 peratus kepada 29,324.71; Hang Seng Hong Kong tidak berubah pada 28,885.34; Straits Times Singapura menokok 0.62 peratus kepada 3,147.45 manakala Kospi Korea Selatan meningkat 0.05 peratus kepada 3,037.11.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.31, Tenaga naik enam sen kepada RM10.82, PBBank menambah satu sen kepada RM4.23 sementara PChem, IHH, CIMB dan Topglove masing-masing tidak berubah pada RM8.20, RM5.31, RM4.50 dan RM5.14.

Bagi kaunter aktif, G3 naik tiga sen kepada 24 sen, Widad menambah empat sen kepada 47.5 sen, DataPRP turun 42 sen kepada RM1.33 dan Hubline tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 5.13 mata kepada 11,855.81, FBMT 100 turun 11.47 mata kepada 11,527.75 dan FBM Emas Syariah merosot 12.78 mata kepada 13,158.64.

FBM 70 menokok 9.36 mata kepada 15,634.38 dan FBM ACE meningkat 39.05 mata kepada 10,691.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.56 mata kepada 15,443.99, Indeks Perladangan naik 3.69 mata kepada 7,154.09 sementara Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.74 mata kepada 193.82.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

81  −  76  =