Bukan tugas menteri tentukan kontrak jurulatih

 Bukan tugas menteri tentukan kontrak jurulatih

IPOH – Isu kontrak seseorang jurulatih akan disambung oleh Majlis Sukan Negara (MSN) atau sebaliknya adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Menteri Belia dan Sukan.

Tegas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau percaya sebarang keputusan dibuat MSN adalah untuk mencari jurulatih baharu bagi jangka masa panjang.

“Sama ada MSN mahu sambung kontrak (jurulatih olahraga para) atau tidak, bukan tugas seorang menteri untuk ambil tahu.

“Saya (akui) tidak berapa faham tentang sukan olahraga, tetapi keputusan yang mereka cuba buat adalah untuk mendapatkan jurulatih dalam jangka masa panjang,” katanya yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Larian Baton Komanwel sempena Queen’s Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Padang Lintau Kampung Tengku Hussein dekat Manjoi di sini hari ini.

Baru-baru ini, terdapat perkhabaran bahawa MSN tidak akan menyambung kontrak jurulatih kebangsaan, R. Jeganathan sebaliknya mahu menggantikannya dengan pengendali baharu untuk membangunkan atlet olahraga para.

Pemenang pingat emas acara 100 meter T36 Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Puzi sebelum ini mengakui bahawa keputusan itu sangat menyedihkan dan menyifatkan jurulatih itu sebagai seorang yang sangat baik.

Biarpun masih belum ada sebarang kepastian daripada pihak MSN, spekulasi itu jelas mengganggu emosi Mohamad Ridzuan atau Dikwan menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, kebanyakkan atlet para termasuk Dikwan bersetuju dengan keputusan itu namun menyuarakan kesedihan mereka kepada pihak media.

Katanya, sudah pasti Mohd. Ridzuan akan terasa hati kerana jurulatih tersebut sudah lama bersama dia dan rakan-rakannya.

“Pada pandangan saya, sukan sama macam politik, jurulatih dan atlet datang dan pergi sama seperti ahli politik dan menteri, kami datang dan pergi.

“Paling penting mereka terus berusaha untuk meraih kejayaan dan menaikkan nama negara,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  +    =  87