Bukan mudah belajar dan bekerja dalam satu masa – Aina Abdul

 Bukan mudah belajar dan bekerja dalam satu masa – Aina Abdul


PETALING JAYA : Penyanyi Aina Abdul,28, bersyukur berjaya melangsaikan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, di sini.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani yang menghadiri sesi graduasi pada pagi tadi mengakui sukar untuk mengimbangi dua perkara dalam satu masa.

“Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi berlangsung sebentar tadi dan saya secara rasminya telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda. Saya dah habis belajar tahun lalu, tetapi majlis konvokesyen ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. 

“Bukan mudah untuk saya belajar dan bekerja dalam masa yang sama tetapi saya tetap berusaha mahu menamatkan pengajian. Ada ketika saya rasa letih tapi saya harus mencuba bersungguh-sungguh.

“Saya sedar yang menyanyi sahaja tidak cukup, saya harus melengkapkan ia dengan ilmu. Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi saya banyak aplikasikan apa yang saya pelajari dalam kerjaya harian saya.

“Saya pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, saya mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian,” katanya.

Pelantun lagu Semalam ini juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan positif dan menjadi tulang belakang terhadap kerjaya seninya. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

36  −  35  =