Budaya samseng, ekstrim dalam pilihanraya mesti dihentikan serta merta – Wan Saiful

 Budaya samseng, ekstrim dalam pilihanraya mesti dihentikan serta merta – Wan Saiful

Datuk Wan Saiful Wan Jan

MELAKA, 13 Nov — Perikatan Nasional kecewa dengan kerosakkan bahan kempen Perikatan Nasional yang didakwa dirosakkan di sekitar DUN Kota Laksamana ketika sedang rancak membuat persiapan menjelang PRN Melaka 20 Nov ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyuarakan kekecewaan dan berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kejadian ini mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku. Saya telah mengarahkan jentera pilihanraya Perikatan Nasional menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain.

“Jentera Perikatan Nasional sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.”

Menurut Wan Saiful lagi, PN akan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada unsur samseng dalam kempen PRN Melaka ini.

Malah Wan Saiful turut berharap parti yang terlibat berkempen dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik.

“Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain.

“Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta merta dan dipadam daripada lanskap politik negara,” katanya kepada Wacana,my hari ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

26  +    =  34