Brunei umum peralihan ke fasa endemik bermula hari ini

 Brunei umum peralihan ke fasa endemik bermula hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis — Bermula hari ini, Sultan Brunei mengisytiharkan negara berkenaan kini beralih ke fasa endemik.

Menurut Sultan Brunei, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa sambil menerima hakikat kehidupan cara baru. 

“Sudah tiba masanya kita melangkah setapak ke hadapan, untuk mengurangkan gangguan kualiti hidup yang ada iaitu memilih jalan lurus kepada Allah SAW. 

“Maka dalam hubungan ini, Beta bertawakal kepadaNya mengisytihar fasa endemik Negara pada hari Rabu, 15 Disember,” katanya menerusi satu kenyataan di Instagram Keluarga Diraja Brunei.

Brunei menjadi negara Asean pertama mengumumkan peralihan ke fasa endemik.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −    =  7