BRP RM500 diberi mulai esok

 BRP RM500 diberi mulai esok

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Mulai esok, bayaran tambahan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan akan disalurkan secara berperingkat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, penerima bagi BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dimasukkan ke akaun pada September nanti.

Katanya, bayaran pada September juga akan membabitkan bayaran kes lulus rayuan BPR.

“Secara keseluruhan nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, sehingga hujung tahun ini kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat bernilai RM10 bilion yang turut merangkumi BPR.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

93  −    =  85